6 Cara Untuk Mengelakkan Penyebaran Penyakit Influenza A

Ekoran kes influenza yang semakin merebak di serata negara (termasuk dengan kes di Setiu pada minggu lalu), berikut adalah sedikit informasi yang boleh anda kongsikan bersama orang tersayang.

Influenza – Apakah Ia?

Influenza adalah sejenis virus yang diklasifikasikan kepada 3 jenis – A, B dan C. Jenis C hanya menyebabkan penyakit kepada organisma bukan manusia, manakala Influenza A dan B boleh menyebabkan manusia jatuh sakit.

Bagaimanakah ia merebak?

Influenza merebak utamanya melalui bersin atau percikan air yang keluar melalui hidung / mulut apabila seseorang bersin, batuk, atau selsema tanpa menutup hidung/mulut mereka. Dan penyebaran penyakit jarak dekat boleh berlaku terutamanya apabila ada sesiapa yang bersin atau batuk di dalam ruang tertutup (seperti lif, bilik, atau apa sahaja ruang kecil).

Influenza juga merebak melalui tangan yang menyentuh permukaan tercemar dan anda tenyeh atau menyentuh mata / makan / hisap jari / memasukkan tangan anda kedalam rongga terbuka (apabila anda tersentuh virus tersebut, seperti tersentuh meja dan kerusi di tempat awam yang telah dicemari oleh virus tersebut). senang kata, kalau ade orang lain dah bersin/batuk/selsema dan melakukan perkara demikian di mana mana tempat awam, dan anda menyentuh kawasan itu dalam jangka masa pendek, kemudian anda tenyeh mata/mulut/makan tak basuh tangan, anda berisiko untuk mendapat penyakit tesebut.

Cara Untuk Mengelakkan:

  1. Selagi boleh, buat masa ini, elakkan tempat yang sesak dan dipenuhi orang ramai
  2. Elakkan bertemu / bergaul terlalu rapat dengan sesiapa yang mempunyai simpton seperti demam, selsema dan batuk.
  3. Basuh tangan anda dengan kerap – terutamanya apabila anda berada di luar rumah anda
  4. Anda yang sakit haruslah mengelakkan daripada ke tempat awam, amalkan etika batuk dan bersin yang betul (tutup mulut dan hidung menggunakan tisu, kain, dan lain lain) untuk mengelakkan percikan itu tersebar.
  5. Basuh tangan dengan kerap.
  6. Memakai topeng muka sebagai perlindungan
  7. Dapatkan vaksin influenza dari klinik – klinik berdekatan

 

Jangan lupa, jika anda mempunyai simpton – simpton seperti demam, selsema, jumpa doktor anda secepat mungkin.

Rujukan : WHO guide for Seasonal Influenza and Influenza A.


Sumber Kredit : www.imrantalib.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *