Cukai Digital 6% terhadap FB ads bermula 1 Januari 2020?

Bermula 1 Januari 2020, segala iklan yang dijalankan di Facebook Ads akan dikenakan cukai digital sebanyak 6%, selagimana iklan tersebut disasarkan kepada penduduk Malaysia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Facebook di laman bantuan mereka di sini —> Cukai Digital 6%

 

Cukai ini yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia dikatakan untuk mengimbangi kos yang dihadapi oleh peniaga – peniaga bukan digital. Sekiranya anda melakukan sebarang iklan di platform Facebook, Instagram – anda bakal dikenakan caj cukai digital ini.

Beberapa minggu lalu, Google juga telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa mereka juga bakal mengenakan cukai digital terhadap iklan yang disediakan oleh platform mereka. Ini adalah seiring dengan kenyataan dari Belanjawan 2019 yang menetapkan kadar cukai digital ini, buat masa ini pada kadar 6%.

Adakah anda telah bersedia?

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *